Selasa, 15 September 2009

info bisnis onlin

info;Anda Ingin Mendapatkan 27 $ Tanpa Modal.
Tanpa Susah Payah..?, Cukup dengan Mendaftar Email Anda dan Menuliskan Komentar Anda Tentang Sebuah Website
Rahasia itu akan diungkapkan kepada Anda, segera Klik Link dibawah ini;

http://adf.ly/VPl
http://adf.ly/VPk
http://adf.ly/VPp
http://adf.ly/VPq
http://adf.ly/VPr
http://adf.ly/VPt
http://adf.ly/VPu
http://adf.ly/VPv
http://adf.ly/VPw
http://adf.ly/VPx
http://adf.ly/VPy
http://adf.ly/VPz
http://adf.ly/VQ0
http://adf.ly/VQ1
http://adf.ly/VQ4
http://adf.ly/VQ8
http://adf.ly/VQ9
http://adf.ly/VQB
http://adf.ly/VQA
http://adf.ly/VbN
http://adf.ly/VbO
http://adf.ly/VbP

GRATIS BENERAN!!!
KERJA VIA INTERNET CUKUP PROMOSIKAN WEBSITE INI, JUGA GRATIS PELATIHAN BISNIS ONLIN, SILAHKAN DAFTAR DISINI KLIK LINK INI :
http://club.zideacamp.com /dia

> Rahasia dpt DOLLAR INTERNET $$$ yg ga pake repot & belibet?
> Ikuti Survey Sederhananya, hanya menulis 3 kesan singkat anda mngenai sebuah website.
> biar ga penasaran, klik link dibawah ini & ikuti langkah2nya:
>
bisa ga jlaskan........
http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tomygnt


buka link ini ia.....


http://pulsajutawan.com/lup
http://www.asetmandiri.com/?id=21091984
http://www.asetmandiri.com/?reff=21091984
http://www.asetmandiri.com/?info=21091984
http://www.komisiGRATIS.com/?id=tomygnt
http://tomygnt.usahaweb.com
http://tomygnt.myzoombase.com
http://ttomygnt.mywebinstant.net
http://www.BikinDuit.com/?ref=6285250455225
http://www.BikinDuit.com/affiliate/
http://www.usahaweb.com/42697.html
http://www.aweber.com/z/r/?7OyMTByctCysbOwsnIystGa0TGxMHGwcnA==
http://www.dominatingniches.com/?hop=imbuzz
http://perfspot.com/u.asp?e=jn%5Fgento%40yahoo%2Ecom
http://dating.desktopdating.net/profile/subconfirm.php?id=98m540gfmu&sc=6606dfd
http://dating.desktopdating.net/tomygnt/
http://dating.desktopdating.net/profile/subconfirm.php?id=98m540gfmu&sc=6606dfd
http://perfspot.com/u.asp?e=jn%5Fgento%40yahoo%2Ecom
http://www.dominatingniches.com/?hop=imbuzz
http://perfspot.com/d.asp?i=A1933EF2-13DB-4D93-BADD-340C733ABB37
http://feedburner.google.com/fb/a/mailconfirm?k=2kRfEfklWTQmHxQIUHMkOL9rdC0http://www.aweber.com/z/c/?zzw3cnb65q2vno9v0xva23c7q2334

WAHAI TUHANKU..HAMBAMU INI MUNAFIQ

WAHAI TUHANKU..HAMBAMU INI MUNAFIQ
WAHAI TUHANKU, HAMBAMU INI MUNAFIQ,HAMBAMU INI MUNAFIQ,HAMBAMU INI MUNAFIQ..
WAHAI TUHANKU,BAGAIMANA AKU BOLEH BERDIRI UNTUK SOLAH SEPANJANG MALAM TANPA TAUFIQ DARIMU.. BAGAIMANA BOLEH AKU INGIN LAKUKAN KEBAIKKAN SEBELUM HIDAYAHMU SAMPAI KEPADAKU...
WAHAI TUHANKU,BAGAIMANA UBAT BOLEH MENYEMBUHKAN AKU SEDANGKAN AKU TIDAK BERHAJAT KEPADANYA...BAGAIMANA ENGKAU HENDAK MEWAKILKAN UBAT DAN SESEORANG KEPADAKU SEDANGKAN ENGKAULAH WAKILKU..
WAHAI TUHANKU,TIDAKLAH SUSAH ENGKAU MENJADIKAN LANGIT TANPA BERTIANG,JADI APA PULA SUSAHNYA ENGKAU MENYAKITKAN DAN MENYEMBUHKAN SESEORANG ITU DENGAN KEHENDAK DAN KUASAMU..
WAHAI TUHANKU,BAGAIMANA ENGKAU MENGASIHI MEREKA SEBELUM ENGKAU MENGUJI MEREKA DAN BAGAIMANA PULA AKU BOLEH MENCINTAIMU JIKA FAKIR ITU JAUH DARIPADAKU..
WAHAI TUHANKU,BAGAIMANA AKU BOLEH BERDUKA CITA TERHADAP SESUATU ,SEDANGKAN SESUATU ITU MEMBINASAKAN AKU..
WAHAI TUHANKU,SESUATU PERKARA YANG DATANG DARIPADAKU MEMANG SESUAI DENGAN KEJAHATANKU DAN YANG DATANG DARIPADAMU MEMANG SESUAI DENGAN KEMULIAANMU..
APA YANG PERLU KU TERANGKAN KELEBIHAN DALAM IBADATKU KEPADAMU SEDANGKAN ITU KURNIAANMU.. APA PULA HARUS AKU TERANGKAN KEJAHATAN DARIPADAKU KERANA ITU ADALAH KEADILANMU DAN HUJAHMU KEATASKU..
WAHAI TUHANKU,BAGAIMANA AKU BOLEH MENGADU HAL PADAMU SEDANGKAN IA TIDAK TERSEMBUNYI DARIPADAMU.. BAGAIMANA AKU BOLEH MENAHAN SEMUA HAJAT2KU SEDANGKAN IA BERTANDANG KEPADAMU..BAGAIMANA SEGALA PERLAKUANKU BOLEH CACAT SEDANGKAN ENGKAU ADA BERSAMA DENGAN HALKU DAN KEPADAMU JUA IA DIKEMBALIKAN..
WAHAI TUHANKU,BAGAIMANA BOLEH AKU TIDAK SEDAR AKU MELIHAT WAJAHMU YANG TIDAK BERWAJAH,KERANA SESUNGGUHNYA AKU MELIHATMU..TETAPI BAGAIMANA ENGKAU BOLEH MELIHAT AMALANKU SEDANGKAN AKU TIADA..BAGAIMANA PULA AKU BOLEH TERUS MELIHATMU SEDANGKAN ENGKAULAH YANG MELIHAT DAN ENGKAULAH YANG DILIHAT..
SESUNGGUHNYA TIADALAH HAJATKU MENULIS INI MELAINKAN TELAH ENGKAU TETAPKAN KEPADAKU... JIKA MEREKA MEMBENCIKU,TIDAKLAH AKU BENCI KEPADA ALLAH DAN RASUL..
DENGAN KEMULIAANMU DAN RAHMATMU SERTA NAMA2MU YA ALLAH... AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBU BAPAKU SERTA AHLI2 KELUARGAKU,SAUDARA2 DAN SAHABAT2KU SERTA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...
SELAWAT SERTA SALAM KEPADA SAIDINA MUHAMMAD BIN ABDULLAH NABIKU RASULKU KEKASIHKU PENYEJUKMATAKU,KELUARGA BAGINDA,SAHABAT2 DAN MEREKA YANG MENGIKUTINYA..AMIN,,
MUHAMMAD RASUL ALLAH...

maapkan ana

Dengan nam Allah yang maha pemurah lgi Maha Pengasih…
Mengapa begitu sukar tuk kau fahami
Diriku lemah
Tak terdaya ya Rijal….
Tunjukkan lah jalan yang betul- betul diredhai
Bukan jalan yang membawa kebinasaan
Yang membawa aku akan azab api neraka
Yang tak sanggup ku harungi….
Begitu pedih…
Mahar ku bukanla wang ringgit
Tapi ilmumu, perilakumu, tarbiyah drimu dan tazkirah
Yang sentiasa meniti dibibirmu….
Bukan ku harap kata madah cinta yang belum tentu terzahir
Tak jugak ku harap pujuk rayumu
Langsung tak kuharap
Cuma,
Ku harap Cuma didikan agama yang membawa ku
Bahagia didunia dan akhirat..
Ku sedar ku tidak layak meminta yang terbaik buat diriku
Kerna ku tahu ku bukan sehebat Siti Khadijah cinta agung Rasulullah
Ku jugak tidak tabah Siti Hajar yang berlari-lari dari Safar ke Marwah
Ku jugak tidak sesabar Aisyah memujuk Firaun kearah kebenaran
Diriku hanya insan biasa
Yang terlalu lemah ditipu syurga duniawi…
Biarkan diriku pergi kerana da’wah ini
Lepaskan daku..
Tak sanggup ku dipermainkan selagi ikatan yang sah belum dimertai….
Maapkan ana…

Sabtu, 12 September 2009

mengenal dajjal..

Mengenal Dajjal …
Siapa dajjal?
Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Bukan dr arah bawah tanah spt yg d nyatakn oleh pakar meteorologi dr rusia… Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
WALAHUALAM…sebar2kn la pd umat islam yg lain…
wassalam…

entahlah kurang baca...

1.Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon!Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!
2.Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.
3.Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.
4.Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.
5.Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia buleh gantung kat leher dan telinga!
6.Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan
7.Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu. Bagi orangg yang berpengalaman mereka dengan mudah dapat mengesan org camni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!
8.Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik. Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.
9.Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.
10.Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.

sambungan 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.