Jumat, 11 September 2009

Bacalah......

erikut adalah kisah pertanyaan Asma' r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik dari kitab kisah para sahabat:
Hazrat Asma binti Yazid r.ha seorang wanita Ansar. Beliau datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanmita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan.
Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itu lah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah.
Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat solah berjemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah.
Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?
"Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda: Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?
Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.
"Selepas itu Rasulullah s.a.w berpaling kepada Hazrat Asma r.ha dan bersabda: "dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaan(keredhaan) itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka (kaum lelaki),"
Maka kembalikan Hazrat Asma r.ha dengan penuh kegembiraan setelah mendengar jawapan tersebut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar